Thursday 8 October 2015

Dugaan Buat Uda..Semoga Sembuh

Uda (adik aku)..semoga terus kuat dan lawan setiap dugaan ini. Insyaallah diri uda mampu, kami ni semua sentiasa ada memberi uda semangat dan bantuan. Adik -beradik y lain tak akan biarkan uda megharungi nya sorang-sorang.

Mak aku selalu cakap walaupun uda dah lama tinggalkan zaman sekolah, tapi masih ramai cikgu-cikgu dan pekerja sekolah masih ingt dan kenal uda. Semua sebab kebaikan uda..itu aku akui.Memang dari kecik uda jenis yang sangat mendengar kata dan mudah didekati dan disayangi oleh orang sekeliling.Kekadang aku terfikir, kenapa orang yang baik-baik ni selalu di beri dugaan hebat seawal usia y macam ni...Allah sayangkan mereka mungkin, menguji mereka supaya mereka tidak lalai macam kita yang lain.

Tengah tahun lepas uda dah mula sakit tangan..dari sakit biasa jadi teruk. Terus tak berselera nak makan dan sentiasa demam onn off. Sejak itu la kami dapat tahu uda mnghidap kanser tulang.Nasib baik cepat...pembedahan pertama selamat dijalankan dan mendapat pengawasan doctor sebaiknya.Namun dugaan Allah, tak siapa mampu haling.Selepas pembedahan itu (3 bulan y lalu)..sekarang ni sakit uda kembali.Doktor sahkan sel kanser telah merebak ke tangan sebelah bawah(siku ke jari).Sebelum ni operation potong tulang dari bahu ke lengan tangan uda. Sekarang uda tengan berlawan dengan sel kanser tu...menahan sakit yang tak kira masa akan menyerang.Allahurabbi...

Adik-beradik semua sepakat untuk balik kg melawat uda dan berbicang adik -beradik memandangkan doctor meramalkan untuk potong 1 tangan uda...bagi menyelamatkan nyawa nya bimbang sel tersebut akan menyerang tempat lain. Aku kesiankan uda...semoga dia tabah menghadapi berita ini.Jika kemungkinan ini terjadi, macmana uda nak mulakan hidup tanpa tangan kanan diusia 22 tahun ini..macamana uda ingin menruskan kerjaya uda sebagai pendidik..Ya allah,bantu lah adik aku..berikan lah dia kekuatan dan jalan untuk meneruskan perjalanan idup ini.
Aku ,suami dan anak aku insyaallah akan balik kampong hari ahad ni..doakan kami selamat ke sana dan dapat sama-sama memberi semangat untuk uda...kami sayangkan uda...

4 comments:

  1. moga cepat sembuh..inshaaAllah!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...family terus berikan semangat.pesakit kanser sangat perlukan sokongan keluarga.apapun semoga adik awak cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin...insyaallah kitaorng akan terus kasi uda semangat dan sokoongan..

      Delete