Saturday 26 September 2015

25 September 2015~~~Princess turns 2!


Alhamdulillah..rezeki dari Allah kerana masih diberi kesempatan untuk aku melihat keletah anak kesayangan.Genap dua tahun usia si kecil pada 25 September 2015 yang lalu, hari kedua aidil adha.Tahun ni, aku dan suami serta anak kecil kami tidak balik kampong untuk beraya bersama keluarga disana kerana tahun ni adalah giliran keluarga suami tercinta.Chill aja..bagi aku dan suami tiada istilah gaduh-gaduh untuk giliran hari raya :)

Syukur sangat,pinjaman yang amat berharga dari Allah ini membesar dengan baik dan sangat mencuit hati setiap gelagatnya.hehehe.Teingat balik kenangan sewaktu melahirkan se kceil ni. Awal 3 minggu dari jangkaan doctor, tapi aku dah agak si kecik ni akan keluar awal.hehe.Mana tak nya setiap hari aku cakap dengan si kecil dalam perut...keluar awal ok sayang,kita sambut besday sama-sama on September.Si kecik ni dengar kata..selang 4 hari dari besday aku yang ke 26, lahirlah si kecil amanah dari Allah ini.

Aku dan husband tak banyak buat preparation untuk sambut kelahiran puteri kami, kita beli yang mana perlu je..sikit-sikit je.Lain -lain guna yang adik ipar aku punya je. Tapi excitednya tetap menggunung tinggi, kalau pegi jalan-jalan kt mall tu then tertengok barang-barang baby mesti nak juga pergi belek-belek, nanti dah ada duit lebih boleh tambah-tambah barang baby.Gitu la selalunya aku time pregnant dulu. Tp yang bestnya aku memang dari awal dah tahu jantina baby..over excited bila tahu baby girl.hehe.Aku selalu ada angan-angan nak ada anak perempuan,lepastu nak pakaikan dia cantik-cantik..time kecik bole tocangkan rambut...sepitkan dengan hair clip yang comel-comel!

Sepanjang mengandung dulu aku selalu pegi checkup dengan suami aku.Cuma saat 2 bulan last tu aku terpaksa pergi sendiri.Suami ada keje..redha je,lg pun ak suka explore benda-benda baru mcmni.Sekurang-kurangnya aku dah tau bas mana nak naik kalau dari rumah ke hospital :)
Sebelum bersalin aku ada checkup for every week, kalau xsalah bila kandungan dah masuk 8 bulan kot then start every week checkup. So nak di jadikan cerita hari selasa 23/9/2013 aku memang ada checkup dan seperti biasa aku pergi sendiri naik bas. Balik lambat sikit sebb tadi banyak pulak yang doctor check and berbual...husband dah mula risau sebab aku xsampai-sampai.Tp ok,semua selamat.Malamnya aku tengah siapkan husband punya barang..sebab dia nak kena pergi ke Johor ada urusan.Tapi aku rasa macam lain semacam je...perut kejap-kejap sakit..kejap-kejap ok.Tapi langsung aku tak terfikir pun ni adalah sakit contraction.Tapi yang best tiap kali sakit aku turun dari katil dan jalan pusing katil.Bila ok aku baring..then ulang-ulang mcmtu la.Start sakit dari kul 10 malam..sampai kul 1 pg tetap sama jgk.Then aku dan husband decide esk pagi pergi hospital, mungkin sakit nak bersalin.Bayangkan kul 1 tu la aku dan husband siapkan barang-barang untuk dibawa ke hospital dan aku gagahkan diri untuk lipat baju-baju yang belum berlipat kt atas katil tu.Terfikir juga kalau aku kat hospital bersalin sapa nak tlg lipatkan baju ni..malu jugak tinggal bilik bersepah.then semua settle.

Dalam kul 5 pagi my husband kejutkan mak dia cakap aku dah sakit nak bersalin. Dari kul9 malam tu sampai ke pagi langsung kitaorng 2 tak tidur.Suami aku pun langsung xtidur.Then kul 5 tu aku bangun mandi...bersihkan diri n solat subuh, Lepas tu dah ada tanda, dah keluar darah.Aku rileks je...suami, ayah dan mak mertua aku hantr ke hospital.Sebelum tu hantar mak mertua aku ke sekolah tempat dia memngajar dulu.Dalam kul 7 aku sampi hospital.Time ni boleh jalan macam biasa..nurse tanya semua aku dapat jawab dengan tenang .Aku masih dapat tahan sakit dan bila dah dibawa masuk ke labour room, time baring kat katil tu la ak mula rasa sakitnya makin terasa.Doktor check, then dia cakap ni dah dekat nak bersalin..aku pun xsedar dan ambil peduli sangat apa preparation yang diorg buat kt dalam tu.Cuma yang aku tahu suami aku ada disisi dan time doctor ajar aku mcamna nak teran aku ikut je..pastu...yeyyy!!dah degnar suara baby.Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan..kul7.30 masul labour room, kul 9.29 baby dah dilahirkan.

Sekarang ni baby kesaynagan aku dah masuk 2 tahun...tapi aku dan suami belum celebrate besday dia.Sekarang ni just gomol-gomol pipi tembam dia..kiss..muahhhhhh!!!!
Dah mula banyak cakap..best sangat layan dia :)

2 comments:

  1. blog baru nonie ye.. baru perasan dot.sg (singapore)
    happy birthday princess.. bestnya dapat baby gurl ye..
    mudah2an kali ni jijah dapat gugurl gak..hahaha
    hakimi 10sept..

    ReplyDelete
  2. jijah;aa la jijah..blog baru.oo,auni 25 sept,sama la diorng dalam bln sept jgk :)

    ReplyDelete