Kita adalah manusia biasa yang hidup didunia yang realiti, bukan dialam fantasi.Susah senang ..riang gembira adalah rencah dalam kehidupan. Mungkin terasa tidak adil dengan apa yang kita lalui, berpeganglah pada janji yang pasti.Jangan terus hanyut dengan godaan syaitan. Insyallah beroleh sedikit ketenangan walaupun betapa berat dugaan yang tengah digalas.
Aku..ye,aku akan memulakan sedikit perkongsian mengenai kehidupan yang sedang aku lalui dalam siri artikel yang akan datang.Cukup la untuk waktu sekarang aku perkenalkan diri aku sebagai seorang isteri yang bekerja, mempunyai seorang suami yang sngat baik dan bertanggungjawab serta seorang anak kecil yang sangat penting dalam hidup aku. Dialah yang banyak mewarnai canvas hidup aku sekarang..walaupun diconteng dengan percikan hitam dari orang-orang yang banyak membuatkan hati kecil aku tak berhenti menangis..tak pernah kering.
Aku mengambil keputusan untuk berkongsi dan meluahkan di blog tak bernyawa ini.Cukup jika dapat mengurangkan sediit bebanan hati dan perasaan. Mungkin juga akan ada teman untuk berkongsi dan sama-sama meringankan masalah...Insyaallah :)
Walau apapun beraku..sentiasa cuba untuk kuatkan hati dan hiburkan hati.Pling penting jangan sampai biadab pada sesiapa sahaja.
Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment