Mungkin aku perlu sentiasa ingatkan diri bahawa diriku ini adalah menumpang...sungguh aku tidak mampu untuk menolak setiap suratan hidup serta dugaan ini. Insyaallah ini semua bakal mematangkan aku dan membuatkan aku sentiasa dekat kepadaNya..
Jahat sungguh diri ini kalau aku katakan bahawa aku menyesal dengan rentetan hidup ini...tapi kadang-kadang akal waras aku tidak mampu menahan segala persaaan ini.Aku tiada tempat untuk meluahkan dan berkongsi rasa.Aku tak nak susahkan suami dan membuatkan dia dalam dilemma.Aku pasti..dia pasti tersepit untuk membuat pilihan antara isteri dan keluarga sendiri.
Aku kadang-kadang menjadi seperti seorang yang tidak siuman...malahan aku sanggup biadap dengan suami sendiri.Berdosanya aku! Tapi semua orang tak tahu...sebab hanya aku yang menanggung.Aku terpaksa pendam segalanya sorang-sorang sehingga kan untuk menjaga hati-hati yang lain..aku terpaksa korbankan hati sendiri.Hati aku hancur lumat..pecah berkecai.Paling aku benci dengan diri sendiri kerana aku lemah dan sanggup korbankan hati suami dan anak aku yang tak berdosa demi menjaga hati orang lain. Tapi adakah orang fikirkan persaan aku anak beranak?? Ntah..aku sendiri pun tak tahu.
Jujurnya..aku tiada kebebasan seperti yang aku harapkan untuk aku , suami dan anak. Kalau masa boleh diputarkan dan aku tahu apa yang nak jadi..mungkin pada saat ini aku belum bersdia untuk kahwin.Bukan kerana aku menyesal..sumpah tidak! Aku bahagia dengan suami..tapi kami tidak ada privasi untuk keluarga sendiri. Aku pun tak tahu apa yang orang-orang fikirkan tentang aku.Ya betul....jika dirumah aku banyak habiskan masa di bilik, main-main dengan puteri kesayangan aku.Mungkin sebagai orang menumpang, cara aku ini salah.Tapi aku tiada pilihan kerana jika dirumah hanya bilik tempat yang privasi untuk aku sekeluarga.Aku bebas nak buat apa saja..tanpa melibatkan orang lain. Cuma aku kesiankan si kecil ini..sampai bila dia akan terus hidup dalam keadaan macam ni,
Aku sedar aku hanya menumpang, sebab itu aku sentiasa cuba buatkan orang lain happy dan dapat menerima aku seadanya walaupun kadang-kadang aku terpaksa melupakan kepentingan diri serta suami dan anak.Mohon suami aku redhai aku dan maafkan aku...takutnya,jika tidak mendapat redha suami.Tapi aku banyak sakitkan hati suami sebab hal-hal ini.
No comments:
Post a Comment