Thursday, 17 September 2015

My Life~~SEPTEMBER~~

Aku memang ditakdirkan sukakan angka SEMBILAN (9)...mungkin pendorong utama untuk aku gilakan 9 adalah sebab aku di lahirkan pada bulan September.Who know..possible :) . Jodoh aku cukup kuat dengan September, aku dan husband diijabkabulkan pada malam 31 Ogos tiga tahun yang lepas...majlis pertama diadakan pada 1 September, manakala majlis kedua pula pada 16 September. Haa..Nampak tak betapa September tu penting bagi aku.

Zaman gatal-gatal dulu selalu ber'pillow talk' dengan bestfriend aku..berangan nak anak lahir sama dengan aku dalam bulan September.Siap pandai pulak tu nak rancang bila tarikh yang sesuai untuk proses baby..hahaha. Siap cakap lagi dengan bestfriend aku, bulan januari kena pastikan usaha untuk pregnant berhasil. Itu la salah satu impian aku..nak share birthday month dengan anak, buah hati pengarang jantung.At least berjaya!! hahaha.Puteri kesayangan aku dan suami pun lahir pada September..selang 4 hari dari ummi dia. Maka dengan ini pokai la duit encik suami aka abi, kena spend for anniversary, besday aku dan besday anak dara. Hohohoh :)

Sebetulnya dalam keluarga aku sendiri ramai yang lahir pada bulan September termasuk abg dan anak buah aku.Itu belum kira sepupu sepapat lagi..Then bila aku dah kahwin ni, masuk dalam famly suami diorang pun kebanyakan lahir pada bulan September. Mak mertua, adik ipar, sepupu-sepupu sebelah mak mertua dan bapa mertua pun ramai on September.
Aku isytiharkan September adalah bulan pilihan untuk keluarga aku. ^_^. Amboii..kemain seronok fikir birthday la..anniversary la..bulan kematian belum tahu lagi ye.Tak kira bila dan di mana..bersedia.Tingkatkan iman jauhkan diri dari kemungkaran, Insyaallah.Semoga kita semua di lindungi dan sentiasa didalam iman..amiin.

No comments:

Post a Comment